Saturday 15 December 2012

Selamat Menunaikan Ibadah Haji.


Assalamualaikum and Salam sejahtera semuaa.
Lamanya jari-jari ukhti ni tak menari-nari diatas keyboard ni untuk VG.Kenapa yee..Hmm,ni nak cerita ni.

Entry ukhti kali ni sebenarnya khas untuk umi & ayah ukhti yang telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah.Umi dgn ayah berangkat ke Tanah Suci pada 18 October dan selamat pulang ke Malaysia pada 28 November yang lalu.Ketiadaan mereka sangat-sangat menguji hati kami 6 beradik termasuklah Baby Eam.Ukhti pula diamanahkan untuk menjaga adik-adik ukhti.Allahurrabbi,betapa peritnya rasa meneruskan kehidupan disisi tanpa umi & ayah selama 42 hari.

Al-maklumlah,kami tak pernah berjauhan.Bila Allah uji macam ni,ternyata kami tak cepat melatah..Ukhti selalu berpegang pada prinsip yang Allah takkan bagi ujian pada hambaNya kalau hambaNya tak kuat untuk tempuhi.Dan dengan ujian ini Allah telah membuka hati ukhti sikit demi sikit untuk berubah..

Alhamdulillah,mungkin itu jugak doa umi & ayah dihadapan Kaabah.Dan,Alhamdulillah juga sebab ketika ketiadaan umi & ayah adik-adik tidak nakal dan meragam..Sekembalinya umi & ayah ke tanah air,umi menghadiahkan ukhti sehelai purdah dari Tanah Suci Mekah.Gembiranya hati tak terkata.Memang terdetik nak berpurdah,tapi sekarang ukhti masih bersekolah..Mungkin pihak sekolah tak mengizinkan..

InsyaAllah,duatiga tahun lagi mungkin.Doakan Allah tetapkan hati & tidak memesongkan hati ukhti dan kalian.Amin Ya Rabb


Secebis kenangan untuk umi & ayah ku.

Tuesday 11 September 2012

Dapat adik baruuuuuu

Ini muka dia selepas dia dilahirkan.Bernama Muhammad Irham,bera 3kg.Mak aku cakap dia yang paling besauu.Hihi,tapi gambar ni gambar 14.8.2012.


Kalau gambar sekarang meamng tombam habihhh.Tak payah cakaplah.

Sunday 20 May 2012

Fibroid

Hmmm , minggu nih aku busy skiit.Ulang-alik hospital jaga Mak Tam aku operation..because of fibroid.Erk,apa itu fibroid?


Fibroid tu sejens penyakit yang hanya dihidapi oleh orang perempuan sahaja.Kalau nak tahu lg..google jelahhh.Ok lahhh,nak masak..Bye

Sunday 6 May 2012

Bersahabat dengan jujur.

Alhamdulillah.Andainya kita bersahabat,amatlah digalakkan dapat mengekalkan persahabatan itu dunia akhirat.Macam mana ye?Hmm,bersahabatlah dengan ikhlas dan jujur.Saling menasihati,motivasi,mengasihani dan mengambil kebaikan.

Ada beberapa perilaku yang elok dan sangat baik untuk kita ambil dan praktikan dalam persahabatan menurut Rasulullah saw.



1. Mempamerkan akhlak yg mulia apabila bersama orang lain,sabda Nabi Muhammad saw;”bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik”.

2. Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain,sabda Nabi saw;’Allah tidak menambahkan sesuatu ke atas seorang hamba-Nya pada kemaafan yg diberikannya melainkan kemuliaan’.

3. Mencari sahabat yg baik termasuk dalam kebahagiaan seorang manusia berdasarkan snada Rasulullah drpd Saidina Ali.

4. Mengamalkan sikap malu,sabda Rasulullah;’Malu itu sebahagian drpd iman dan iman itu berada di dalam syurga’

5. Mengajak manusia ke arah kebaikkan dunia dan akhirat,Abu Solah berkata,’seorang mukmin itu adalah orang yg bergaul denganmu dengan baik,dan menunjukkan mu kpd kebaikkan dalam agama dan duniamu

Saturday 5 May 2012

SAHABAT

S.A.H.A.B.A.T.




Apa erti sahabat kalau tak nak tolong sahabat?Apa erti sahabat kalau tak menghargai sahabat?Apa erti sahabat kalau tak nak memahami sahabat?Hmmm,entahlaaa.


Kalau sesuatu terjadi diantara seseorang sahabat dengan sahabat,disebabkan orang lain/disebabkan tugas/disebabkan arahan,perlu ke kita nak salahkan kawan tuu?Perlu ke?Hmmm,entahlaaa.

Cuba kau jujur,cakap je dengan aku,kau tak nak kawan dengan aku.Kan senang..tak payah nak kutuk-kutuk dekat  tweeter,dekat fesbuk tuhh.Tak payah okay.Be gentle lah sahabat.Matilah aku kalau nak fikir perasaan kau,sedangkan kau tak fikir persaan aku.Is it fair?Aduhhhhhai,jujur



Aduhhhhhai,jujur..aku rindu persahabatan kita yang dulu.Macam belangkaskan,utara aku pergi,utaralah kau pergi.Selatan kau terbang,selatanlah aku terbang.Hmmm..tak sanggup lagi rasanya aku nak tulis pasal kitaa.



Cukup sampai sini je.Aku cuma nak kau tahu,aku tak pernah lupakan kau setiap helaan nafas aku.Tak pernah lupakan kau walaupon aku senang.Tak pernah lupakan kau kat mana je aku berada.Sayang aku untuk kau tak kan pernah berubah walaupun aku jumpa kawan baru.Aku sentiasa doakan kau temui kebahagiaan kau tanpa aku disisi kau sahabat :) 
*This is special dedicated to NorAdillah bt Anuar(Paragraph ni aje)*


        Kau anggap aku sahabat kau lagi ke?



Assalamualaikum :)

Saturday 17 March 2012

KELANTAN PART II

Asslammualaikum.


Aku dah selamat balik rumah aku.Hihi.Kitaorg tinggal dekat Kelantan selama 5hari 5malam.Banyak aktiviti yg kitaorg lakukan selama 5hari tu.Kitaorg pergi ke Pantai Cahaya Bulan(PCB),Sg.Golok,Rantau Panjang,Wakaf Che Yeh dan banyak lg lahhh.It was something exciting.Memang seronok sangat dekat sana.Maca-macam kitaorg belajar.


Especially adat perkahwinan dekat sana.Memang pelik lahhhh.Makan duduk atas kerusi tanpa meja.Kiranya kitaorang makan tu menatang pinggan lah.Yg jelek nye tuu,ada ke kenduri kahwin dibuat pakai pinggan kertas.Huhhh =='.Sumpah peliik.





Kenangan dekat Kelantan memang banyak.Jum tengok gambar kitaorg yg tak seberapa nih (^^)

My big family :)
                                                      
Gambar nih kelakar kan?Haha,yg tudung biru tuh umur dah 32,perasan muda.Haha,biarlah.Yg skirt hitam tu aku tak tahu nak cakap apa dah.Haha.
  
Aku tak puas hati betul dengan tudung  biru tuh.Haha,actually,kitaorg yg kacau dia nak bergambar sorang.

Tudung coklat tu wan aku :)
                                                  
Aku & cousin aku,Seha.
                                              
Sweet couple ever.
Itulah serba sikit gambar yg aku kongsikan disini.Nak tengok lg banyak..add lah fb aku.Dijamin approve punyaa lah !
Huhu,perjalanan yang sangat penat.Tapi bila dah sampai rumah & tengok ganbar-gambar yg diambil..terubat kepenatan tu sedikit demi sedikit.Hmm,harapan aku semoga kitaorg kekal bahagia hingga ke pintu syurga.Isyaallah..



Rasanya sampai sini je untuk hari ni,lain kali kita jumpa lg okay?


~SALAM

Monday 12 March 2012

KELANTAN PART I

Alhamdulillah,semalam kitaorg selamat sampai Kelantan pd pukul 2am.Fuhh,14jam duduk dalam kereta.Buntut sape tak panas kan?Gilaaa lahh.Lama gilaa tuuu.Sumpah,lepas ni kalau ayah aku ajak g Kelantan,mmg aku ajak ayah aku naik flight.Tak sanggup aku nak duduk dalam kereta lama-lama.


Kitaorg tak sewa hotel,chalet or apartment.Kitaorg sewa banglo je.Hmm,boleh tahan lahh.Semua kelengkapan ada.Dari perabot ruang tamu,peti ais,mesin basuh..semua lengkaplah.Komputer ada dua.Siap WIFI lg.Mmg berghasak lah kitaorg online.


Haaaaa,u know what?My mum pregnant.Hahahaaaaaaa.Tapi..scan nampak mcm baby lelaki.Hmmm,aku nak baby girl jugak!Haha,boleh pulaak mcm tu yekk.Tak kisah lahhh,yg penting mak aku & baby tu selamat.Kan?


Hihi,kat Kelantan nikan..kitaorg jalan je sesat.Jalan je hujan.Bengang gilaa aku.Pas tuu kan,aku ada lah p rumah sedara aku ni..eh,sedara kot..dia buat air rase besi korang tahu?Nak muntah akuu.Grrr,almaklumlah..diaorg kan tak dapat bekalan air bersih.Gilaaa laaa..

Lg satu,td ada orang kawen.Kitaorg p laaaa,nak tau tak..diorang punya reception pelik gilaaaa.Tak pernah aku tengok.Satu family aku terkejut besar.Pelik gilaaa,sumpah pelik.Biasa buat reception makan khemah besar & banyak kan?Siap ada meja kan?Yg ni tak de..Khemah dah le kecik.Pastu tak de meja.Time makan kena lah tatang pinggan.Sungguh tak semenggah!



First time aku tengok,mmg terkezzut.Errrr,memang peliik.Sakit pinggang aku.Haha,btw,thanks lah jemput kitaorg..



Emm,takat ni dulu yeahh.Aku nak tido lahh.Penat + ngantuk.

~SALAM

Friday 9 March 2012

Alhamdulillah,rezeki kami.

Assalammualaikum..

3/3/2012 hr tu berlangsungnya pertandingan kawat kaki peringkat sekolah di SMK Taman Tuanku Jaafar.Ketua hakim, Mejar KRS Nor Zaman bin Abu Hassan, diikuti pula hakim-hakim iaitu Mejar KRS Kalaiselvam al Muniandy, Kapten Sivanesan al Ethirmanusingam, Kapten Mohd Rosmadi bin Mohd Salleh dan Puan Norkhidayah bt Baharuddin telah menyempurnakan pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan di SMK Taman Tuanku Jaafar.Lebih kurang dalam pukul 8am,pemeriksaan pakain dijalankan.Huhh,nak tercabut jantung masing-masing.Hihi.




Habis je pemeriksaan pakaian,pertandingan kawat terus dijalankan.Pasukan KRS(P) mengambil tempat ke-6 daripada 13 pasukan.Huhuuuu,sebelum pertandingan berkali-kali jugak aku & team KRS baca doa.Cuak gilaaaa.




Habis semua persembahan,tiba pula masa penyampaian hadiah.Hehe,alhamdulillah,hampir semua kategori KRS rembat ^^






Senarai kemenangan:


Kategori lelaki:
Juara     :PBSM
Naib Juara:Kadet Bomba
Ketiga    :Pengakap


Kategori Perempuan:
Juara     :KRS
Naib Juara:Pandu Puteri
Ketiga    :Kadet Polis






Ketua Platun Terbaik :
Lelaki   :KRSu15(Asyraf Abu)
Perempuan:KRS(Norhaziqah Mohd Zulkarnain)




Tahniah kpd semua pasukan yg berjaya.Yang tak berjaya,cuba lg tahun seterusnyaaa.




~SALAM

Wednesday 22 February 2012

CARA-CARA MENGATASI MARAH DALAM ISLAM

Marah adalah satu emosi yang terdapat di dalam diri semua manusia termasuk Nabi-Nabi dahulu. Sifat marah ini kadang-kadang dapat mengubah diri kita menjadi seseorang yang kita sendiri pun tidak suka.
Adakah anda tahu bahawa Nabi SAW tidak pernah menengking atau memaki umat-umatnya? Ini adalah kerana dia menghilangkan marahnya dengan sifatnya yang sabar dan tawakal.
Di bawah adalah cara untuk menghilangkan sifat marah jika terjadi pada diri kita.
1 - Ubah Posisi Kedudukan Anda
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang antara kamu marah,dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)
2 - Berwudhuk
Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud)
3 - Minum air.
4 - Mendiamkan diri ketika marah.
5 - Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6 - Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan, masa dan tempat sesuai.
7 - Sentiasa Berfikiran positif.
8 - Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9 - Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10 - Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.







Aku pon sebenarnya seorang yg cepat marah.Dalam erti kata lain,panas baran lahh..Aku rasa itu penyakit genetik lee.Sebab ayah aku pon panas baran jugaak.Peace (^^)

Okay,takat ni je dulu okay :).Besok aku boling MSSD Seremban 2.Doakan kejayaan aku dan rakan-rakan yaww.


~SALAM~


 ##Islam itu indah beb!

Friday 17 February 2012

KAWAT KAKI

Assalammualaikum..

Aku baru je balik dari sekolah.Ada latihan kawat kaki...drpd pukul 2.30pm-5pm.For the first time aku rasa hari ni kawat aku tak penat.Walaupon ramai yg datang lewat,kawat tetap diteruskan.Siapa yg datang lambat aku denda 10kali bumping.Haha,padan muka.Cuaca hari ni panas,lepas tu hujan then panas balik.Walaupon hujan,aku still biarkan diorg.Biarkan...itu baru namanya kawat.

Hari ni kitaorg dapat belajar tiga formasi.Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan baik dengan sumbangan beberapa idea daripada geng-geng Kedet Remaja Sekolah(KRS)walaupon pada awalnya ramai yg lupa step.Tak silap aku hari ni kitaorg buat empat kali kawat full (dari buka barisan hingga keluar baris).


Mula-mula kawat tu memang macam taik.Tapi...lama-lama diorg dah faham konsep apa itu 'kawat'.Setengah jam nak balik,diorang mulamenyesuaikan diri..hentak dah sama..jalan (kaki & tangan)pon sama.Just formasi yg diorang lemah dan belum dapat mengingat step yang disediakan.


Sebelum balik,aku ambik masa 5 minit untuk menyampaikan beberapa perkara iaitu , balik nanti practise dekat rumah,tolong ingat formasi & ingat position dalam barisan.Alhamdulillah,nampaknya diorang faham apa aku cakap.Hihi.Then bersurai.Aku balik naik motor dengan Aiman Smartis :P
Haha,habislah aku kene ceramah dengan Amar kalau dia tahu aku balik dengan Aiman.Cuak jugak aku sebenarnya ni.Errrrr -..-,sorry u.I penat,tumpanglah Aiman. ^^



Sekian,aku nak makan pisang goreng :)


P/S:Sekalung terima kasih untuk Puteri Balqis diatas kesudian dia tolong aku cari formasi.


                                                                       ~SALAM~

Thursday 9 February 2012

NETBALL PART II

Assalammualaikum ..

Alhamdulillah,game hari ni berjalan dengan lancar walaupon kami (U18 & U15) tidak tersenarai dalam 3 kelompok teratas.Kalah mati pada peringkat separuh akhir di tangan SMAP Labu (U18) dan tewas di tangan SMK Panchor bagi U15.For the beginning memang down..tapi lama-lama rasa 'tuu' hilang bila kitaorg mula berfikiran positif bahawa tahun ni bukan rezeki kitaorg untuk menang.

Kekalahan kitaorg hari ni mungkin sebab penat & mungkin jugaak sebab Pengetua tak datang.Tak de feel lah time main tadi.Huhu,apa-apa pon,kitaorg dah cuba yang terbaik & yang penting kitaorg ada semangat kesukanan yang tak berapa nak tinggi(at least ade kan?)Hihi.

~Keputusan netball .~

(i)Under 15 :
   *Johan         -->Tak dapat dikenal pasti :D
   *Naib Johan-->Tak dapat dikenal pasti :D
   *Ketiga       -->Tak dapat dikenal pasti jugak :D
   *Keempat  -->SMK Taman Tuanku Jaafar (kitaorg)


(ii)Under 18 :
  *Johan         -->SM Teknik Tuanku Jaafar
  *Naib Johan -->Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu)
  *Ketiga       -->Tak dapat dikenal pasti :PP
  *Keempat  -->SMK Taman Tuanku Jaafar (kitaorg)

                   * P/S:Tak dapat dikenal pasti sebab kitaorg balik awal okay :))



----------------------------------------------------------------------------------------------------------

             ~Dalam bas (otw balik ke sekolah)~


Haha,yang ni kelakar gila.Kitaorg karaoke,buat video,makan,tido,menjerit..semua ade lahh.Buat bas tu macam bapak kitaorg punyaa.Hahaha.Yg lagi kelakar,kitaorg ragging sorang budak ni sampai terkencing dia dalam seluar.Hahaha,memang serious nampak sangat seluar dia basah.Bila kitaorg tegur,dia selamba je cakap 'peluh'.Tak kan peluh sampai basah lenjun seluar..baju tu logik laaa.Hahah,tapi mmg best la budak tuuu kena dengan kitaorg.Sampai terkencing tu yg tak tahan tuuu.Hhahaa.Ni semua idea F&N.Gilaaa betuul.Saja kitaorg nak ajar budak tuu.Tah hape-hape,lipas mainan pon takut.Terjerit-jerit laa dia dalam bas tuuu.Sampai poning acik drebar tuuuh.Nak dipendekkan cerita,F tertepuk punggung budak tu.Haha,melekat la bau hancing tu kat tangan F.Haha.Wekkkkkkkkkk..Nak muntah satu bas.Hahahah,komfem F balik terus samak.Bhahahah.Mmg aku tak bole lupa apa yg jadik tadi.And serious,aku tak nak lupakan.Hihi


Kitaorg sampai sekolah dalam pukul 2 cenggitu..and then masing-masing terus berpisah.Tak de lagi senda gurauan yg kasar antara kitaorg.Hmm,im gonna miss that.And aku sure,diorang akan lebih merindui detik-detik keakraban kami sepanjang lebih kurang sebulan bekerjasama dalam satu team ,iaitu NETBALL TEAM 2012.

**UNDER 15:AFIRRA(K),NADHIRAH,YANG  SUFI BALQIS,HAWANI,ATIKAH,ATIQAH,AINI,WANIE,IFFAH,SHAFIQAH,NADIA SYAHIRAH & BALQIS

**UNDER 18:KAK TIKAH(K),KINA,AMA,ZAIFARINANADIA,AKU,MAI,DINI,WANI,NASUHA,LINA,AFIQAH,ASH& ANATY.





----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hmmm,past is past.Let bygone be bygone.Kita tutup buka lama,buka buku baru.Tahun depan ada lagi :)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------



Sampai hilang suara aku,menjerit je keje ehh.Haha,
Hmm,got to go..
Aku akan continue dengan cerita seterusnya okay :)


~SALAM~

Wednesday 8 February 2012

NETBALL PART I

Assalammualaikum :)


Haha,baru balek dari game netball MSSD Seremban 2.Alhamdulillah,rezeki kitaorg hari ini.Under 18 menang 2 game daripada 3 game.Manakala,under 15 menang kedua-dua game.


GAME:

(i)Under 15
*SMK Taman Tuanku Jaafar (4)-SMK Rantau (1)
*SMK Taman Tuanku Jaafar (7)kot -SMK (lupa pulaak ^^)

(ii)Under  18
*SMK Taman Tuanku Jaafar(1)-SMK Rantau(0)
*SMK Taman Tuanku Jaafar (5)-SMK Mambau (3)
*SMK Taman Tuanku Jaafar(0)- SMK Sri Ampangan (7)



Ape-ape pon,usaha dan kerjasama dalam pasukan yg akan jadi tonggak utama kejayaan.Tak dilupakan doa dari semua orang serta sokongan padu yang diberikan olah pihak sekolah terutama Pengetua Omar Ahmad yg sanggup turun ke Centre Court Paroi woo ^^ & coach kitaorg , Pn Noridah Nordin & Pn Zarita.

Gambar... aku malas nak upload sebenarnya..Tapi mengenangkan muka kitorang ade iras-iras (serupa) gadis Melayu terakhir ni,nak jugaak tunjuk :D


Opssssssssss,tak habis lagi yee.Perjuangan kitaorg tak habis sampai sini je.Esok kitaorg(18&15)layak ke semi-final.Hihi,alhamdulillah.Okay,dah habis cite akuu.Nak out.
Besok aku sambung part II pulaaak :)


~SALAM~

Monday 6 February 2012

PERGINYA SEORANG ADIK & SAHABAT

Assalammualaikum.

Disaat aku merangka-rangka ayat untuk dihiaskan ke dalam blog ini,masih ade lagi sedikit perasaan terkilan & terkejut diatas pemergian seorang adik & juga sahabat,Tengku Fara Izzati bt Tengku Norman,15.Khabarnya dia meninggal disebabkan lemas,itu yg aku dengar.Tapi aku belom dapat dengar cerita sebenar dari family arwah.Kepergian arwah amat-amat mengejutkan semua orang,especially bestfriend arwah,Fatinah.Hmm,tak tahu lah nak cakap apa.Kalau gugur daun yg tertulis nama kita di syurga,maka malaikat akan melaksanakan tugasnya mencabut nyawa ..




Kenangan terakhir dengan arwah (tengah)



~AL-FATIHAH~

Thursday 19 January 2012

MERENTAS TAMAN TUANKU JAAFAR

Assalamuallaikum semuaa :)

Tadi kann sekolah aku ade kejohanan merentas desa.Huhu,penat tapi best.Kejohanan start pukol 8.30 pg.Perempuan under18 dilepaskan duluu and then under 15.Aku,Aina,Balqis,Dila&Dini tak lari pon.Berjalan je.Hehehe,aku rase kiteorang orang ke 15 terakhir sampai kot.Hahah.Yelah,mane tak nye,dah la tak jalan..pastu sempat lagi tangkap gambar.Haha.Bukan satu je gambar,banyak tahuu.
Gambar yg ni dah nak dekat sampai sekolaa daaa.









Kiteorang sampai sekolah about 9.30am.Haha,mmg lambat sangat!Sampai je terus melepak dekat ruang legar.Rase cam bosan-bosan tuu,kiteorg bergambar lah lagi.Hehe,time ni mmg best.Aku appreciate kawan-kawan aku ;)
                                                               Aku,Hadi,Amir & Adam :)
Dila,Aina & AkuAdd caption





                                      Ini time dah nak balik.Huhu,this is our friendship yawww !
                               (Belakang dr kiri):Balqis,Aina,Syera,Muammar,Khalis,Amir,Hadi Malek & Adi
(Depan dr kiri);Dila,Aku,Adam & Dini.




                                                                 Aku & Muammar :)




This is our junior :)





Sekian untuk hari ni.Semoga hari esok lebih indah & baik dari hari ini :)
Amin. 

Monday 16 January 2012

KEKAL

Assalamuallaikum :) .

Huhhh,mengeluhh sebentar..Lupe nak infom,aku stay SMKTTJ.Haha,tak bole tinggal itu sekolahh maa.Aku masuk 4UTM.Amik course Tassawur Islam & Perdagangan.Kelas tuu memang gile-gile,tapi tak segile EX-3UKM 2011.Huhuuuu.Ketua Tingkatan kelas aku-Khalif,Penolong-Hatikah,Bendahari-Haziqah(aku)& Ketua AJK Kebersihan & Keceriaan-Afiqah.Cube combined kan hujung name, HATIKAH+HAZIQAH+AFIQAH=KAHQAHQAH :D . Hahaha...

Dah 2 minggu sekolahh,penat tapi best :).Pengalaman baru,walaupon sekolah lama.Aku dapat ramai kawan baru.Kawan lame pon jadi kawan baru.Tak paham?Aku jumpe kawan lame aku kat sini.Baru pindaaah.Huihuihui.Dia dah banyak berubah.Tak macam dulu lagiii.Gedik tak,poyo tak...Tapi ade setengah orang tu suke sangat cari pasal dengan diaa.Kadang-kadang tu terasa marah la jugak.Ye lahh,kawan kite kene kacau,sape tak marah.Tetibe nak cari pasal,pada hal orang tu tak buat ape-ape pon.Lain la orang tu ade kacau hidup kauu ke,ambil laki kau ke...Herggggghhh,huru hara tak habis habis.Sedar-sedar la sikit,patutnye makin besar makin boleh fikir,ni tak..makin besar makin tak bole fikir.Makin ngok-ngek@bangang bebenor.Haaaaa,kan dah kene.Free je,hamik kauuuu!Gegirl marah niiii :P



Other than thaat,mesyuarat agung kokurikulum.Aku macam biase lahh KRS.Tak sangka pulaak aku dipilih untuk jadi Ketua Platun.Hehe,Pengerusi-Azmil,Naib Pengerusi.... lupe laaaaaaaaaaah.Hihi.Hmmm,I think tu je kot.Pape aku update ~_~.Nak p merempit jaaap.Muehehehee



SALAM ;)

Tuesday 3 January 2012

SEKOLAH VOKEY

Assalammualaikum.


Aku nak share samting ni...Aku dapat offer ke vokey ERT Rembau.Mmg nak pg,tp aku sayang kawan-kawan aku dekat SMK TTJ.Aku sayang SMKTTJ.Hmmm , entah la.Tak tau nak buat ape.Aku happy bile aku dapat.
Satu je dalam kepala otak aku , ASRAMA.Aku tak nak duduk asrama.Aku takut aku lari asrama macam form 1 dulu.Huiyaaaaiiii.Kalau aku buat hal lg,mampuih kene kerat 18 dengan ayah aku.

Pergi..tak.Pergi..tak.Pergi..tak.Entah laa.Kalau tak disebabkan PMR,bende ni takkan jadi.Aku tak nak pisah dengan kawan-kawan aku.. Dila,Ama,Kina,Khalis,Raza,Man,Syahmi,Najmi,Nadia,Ardilla..ramai lagi laa.Tapi diorang cakap,kalau aku nak berjaya,I've to move.Aku tak boleh laa.Diorang jiwe aku.Cume Dila je je yg berat nak lepaskan aku.Hmm,maklumlah,3tahun satu kelas,satu hobi,satu kepala,duduk sebelah-sebelah,tusyen samesame,satu jiwe.Die tahu cite aku.Aku tahu cite die.Die paham aku.Hmmm , I really-really dun know.

Bak kate orang-orang tue, telan mati mak,luah mati bapak.Eh,betul ke?Bantai lahh.Khalis pulak , emo lebih bile aku cakap aku dapat Vokey.Yelah,daripada aku fom 1 sampai fom 3 balik sesama.Hang out sesame.Hmmm,Man tu pulak excited nak masuk sekolah baru.Die pon dapat Vokey,tapi dekat Ampangan.Si Syahmi pulak,dapat Teknik Tuanku Jaafar,budak straight A kan.Tp die tak buat keputusan lagiii .

Hmm , just wait and see.Ape-ape pon keputusan aku,aku akan update dekat sini & fb aku :)
Salam <3

                                                                        
                                                                                        

                                                                                                                                           ~Haziqah~