Wednesday 22 February 2012

CARA-CARA MENGATASI MARAH DALAM ISLAM

Marah adalah satu emosi yang terdapat di dalam diri semua manusia termasuk Nabi-Nabi dahulu. Sifat marah ini kadang-kadang dapat mengubah diri kita menjadi seseorang yang kita sendiri pun tidak suka.
Adakah anda tahu bahawa Nabi SAW tidak pernah menengking atau memaki umat-umatnya? Ini adalah kerana dia menghilangkan marahnya dengan sifatnya yang sabar dan tawakal.
Di bawah adalah cara untuk menghilangkan sifat marah jika terjadi pada diri kita.
1 - Ubah Posisi Kedudukan Anda
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang antara kamu marah,dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)
2 - Berwudhuk
Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud)
3 - Minum air.
4 - Mendiamkan diri ketika marah.
5 - Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6 - Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan, masa dan tempat sesuai.
7 - Sentiasa Berfikiran positif.
8 - Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9 - Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10 - Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.







Aku pon sebenarnya seorang yg cepat marah.Dalam erti kata lain,panas baran lahh..Aku rasa itu penyakit genetik lee.Sebab ayah aku pon panas baran jugaak.Peace (^^)

Okay,takat ni je dulu okay :).Besok aku boling MSSD Seremban 2.Doakan kejayaan aku dan rakan-rakan yaww.


~SALAM~


 ##Islam itu indah beb!

0 comments:

Post a Comment