Sunday 20 May 2012

Fibroid

Hmmm , minggu nih aku busy skiit.Ulang-alik hospital jaga Mak Tam aku operation..because of fibroid.Erk,apa itu fibroid?


Fibroid tu sejens penyakit yang hanya dihidapi oleh orang perempuan sahaja.Kalau nak tahu lg..google jelahhh.Ok lahhh,nak masak..Bye

Sunday 6 May 2012

Bersahabat dengan jujur.

Alhamdulillah.Andainya kita bersahabat,amatlah digalakkan dapat mengekalkan persahabatan itu dunia akhirat.Macam mana ye?Hmm,bersahabatlah dengan ikhlas dan jujur.Saling menasihati,motivasi,mengasihani dan mengambil kebaikan.

Ada beberapa perilaku yang elok dan sangat baik untuk kita ambil dan praktikan dalam persahabatan menurut Rasulullah saw.



1. Mempamerkan akhlak yg mulia apabila bersama orang lain,sabda Nabi Muhammad saw;”bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik”.

2. Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain,sabda Nabi saw;’Allah tidak menambahkan sesuatu ke atas seorang hamba-Nya pada kemaafan yg diberikannya melainkan kemuliaan’.

3. Mencari sahabat yg baik termasuk dalam kebahagiaan seorang manusia berdasarkan snada Rasulullah drpd Saidina Ali.

4. Mengamalkan sikap malu,sabda Rasulullah;’Malu itu sebahagian drpd iman dan iman itu berada di dalam syurga’

5. Mengajak manusia ke arah kebaikkan dunia dan akhirat,Abu Solah berkata,’seorang mukmin itu adalah orang yg bergaul denganmu dengan baik,dan menunjukkan mu kpd kebaikkan dalam agama dan duniamu

Saturday 5 May 2012

SAHABAT

S.A.H.A.B.A.T.




Apa erti sahabat kalau tak nak tolong sahabat?Apa erti sahabat kalau tak menghargai sahabat?Apa erti sahabat kalau tak nak memahami sahabat?Hmmm,entahlaaa.


Kalau sesuatu terjadi diantara seseorang sahabat dengan sahabat,disebabkan orang lain/disebabkan tugas/disebabkan arahan,perlu ke kita nak salahkan kawan tuu?Perlu ke?Hmmm,entahlaaa.

Cuba kau jujur,cakap je dengan aku,kau tak nak kawan dengan aku.Kan senang..tak payah nak kutuk-kutuk dekat  tweeter,dekat fesbuk tuhh.Tak payah okay.Be gentle lah sahabat.Matilah aku kalau nak fikir perasaan kau,sedangkan kau tak fikir persaan aku.Is it fair?Aduhhhhhai,jujur



Aduhhhhhai,jujur..aku rindu persahabatan kita yang dulu.Macam belangkaskan,utara aku pergi,utaralah kau pergi.Selatan kau terbang,selatanlah aku terbang.Hmmm..tak sanggup lagi rasanya aku nak tulis pasal kitaa.



Cukup sampai sini je.Aku cuma nak kau tahu,aku tak pernah lupakan kau setiap helaan nafas aku.Tak pernah lupakan kau walaupon aku senang.Tak pernah lupakan kau kat mana je aku berada.Sayang aku untuk kau tak kan pernah berubah walaupun aku jumpa kawan baru.Aku sentiasa doakan kau temui kebahagiaan kau tanpa aku disisi kau sahabat :) 
*This is special dedicated to NorAdillah bt Anuar(Paragraph ni aje)*


        Kau anggap aku sahabat kau lagi ke?



Assalamualaikum :)