Saturday 15 December 2012

Selamat Menunaikan Ibadah Haji.


Assalamualaikum and Salam sejahtera semuaa.
Lamanya jari-jari ukhti ni tak menari-nari diatas keyboard ni untuk VG.Kenapa yee..Hmm,ni nak cerita ni.

Entry ukhti kali ni sebenarnya khas untuk umi & ayah ukhti yang telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah.Umi dgn ayah berangkat ke Tanah Suci pada 18 October dan selamat pulang ke Malaysia pada 28 November yang lalu.Ketiadaan mereka sangat-sangat menguji hati kami 6 beradik termasuklah Baby Eam.Ukhti pula diamanahkan untuk menjaga adik-adik ukhti.Allahurrabbi,betapa peritnya rasa meneruskan kehidupan disisi tanpa umi & ayah selama 42 hari.

Al-maklumlah,kami tak pernah berjauhan.Bila Allah uji macam ni,ternyata kami tak cepat melatah..Ukhti selalu berpegang pada prinsip yang Allah takkan bagi ujian pada hambaNya kalau hambaNya tak kuat untuk tempuhi.Dan dengan ujian ini Allah telah membuka hati ukhti sikit demi sikit untuk berubah..

Alhamdulillah,mungkin itu jugak doa umi & ayah dihadapan Kaabah.Dan,Alhamdulillah juga sebab ketika ketiadaan umi & ayah adik-adik tidak nakal dan meragam..Sekembalinya umi & ayah ke tanah air,umi menghadiahkan ukhti sehelai purdah dari Tanah Suci Mekah.Gembiranya hati tak terkata.Memang terdetik nak berpurdah,tapi sekarang ukhti masih bersekolah..Mungkin pihak sekolah tak mengizinkan..

InsyaAllah,duatiga tahun lagi mungkin.Doakan Allah tetapkan hati & tidak memesongkan hati ukhti dan kalian.Amin Ya Rabb


Secebis kenangan untuk umi & ayah ku.

Tuesday 11 September 2012

Dapat adik baruuuuuu

Ini muka dia selepas dia dilahirkan.Bernama Muhammad Irham,bera 3kg.Mak aku cakap dia yang paling besauu.Hihi,tapi gambar ni gambar 14.8.2012.


Kalau gambar sekarang meamng tombam habihhh.Tak payah cakaplah.

Sunday 20 May 2012

Fibroid

Hmmm , minggu nih aku busy skiit.Ulang-alik hospital jaga Mak Tam aku operation..because of fibroid.Erk,apa itu fibroid?


Fibroid tu sejens penyakit yang hanya dihidapi oleh orang perempuan sahaja.Kalau nak tahu lg..google jelahhh.Ok lahhh,nak masak..Bye

Sunday 6 May 2012

Bersahabat dengan jujur.

Alhamdulillah.Andainya kita bersahabat,amatlah digalakkan dapat mengekalkan persahabatan itu dunia akhirat.Macam mana ye?Hmm,bersahabatlah dengan ikhlas dan jujur.Saling menasihati,motivasi,mengasihani dan mengambil kebaikan.

Ada beberapa perilaku yang elok dan sangat baik untuk kita ambil dan praktikan dalam persahabatan menurut Rasulullah saw.



1. Mempamerkan akhlak yg mulia apabila bersama orang lain,sabda Nabi Muhammad saw;”bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik”.

2. Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain,sabda Nabi saw;’Allah tidak menambahkan sesuatu ke atas seorang hamba-Nya pada kemaafan yg diberikannya melainkan kemuliaan’.

3. Mencari sahabat yg baik termasuk dalam kebahagiaan seorang manusia berdasarkan snada Rasulullah drpd Saidina Ali.

4. Mengamalkan sikap malu,sabda Rasulullah;’Malu itu sebahagian drpd iman dan iman itu berada di dalam syurga’

5. Mengajak manusia ke arah kebaikkan dunia dan akhirat,Abu Solah berkata,’seorang mukmin itu adalah orang yg bergaul denganmu dengan baik,dan menunjukkan mu kpd kebaikkan dalam agama dan duniamu

Saturday 5 May 2012

SAHABAT

S.A.H.A.B.A.T.




Apa erti sahabat kalau tak nak tolong sahabat?Apa erti sahabat kalau tak menghargai sahabat?Apa erti sahabat kalau tak nak memahami sahabat?Hmmm,entahlaaa.


Kalau sesuatu terjadi diantara seseorang sahabat dengan sahabat,disebabkan orang lain/disebabkan tugas/disebabkan arahan,perlu ke kita nak salahkan kawan tuu?Perlu ke?Hmmm,entahlaaa.

Cuba kau jujur,cakap je dengan aku,kau tak nak kawan dengan aku.Kan senang..tak payah nak kutuk-kutuk dekat  tweeter,dekat fesbuk tuhh.Tak payah okay.Be gentle lah sahabat.Matilah aku kalau nak fikir perasaan kau,sedangkan kau tak fikir persaan aku.Is it fair?Aduhhhhhai,jujur



Aduhhhhhai,jujur..aku rindu persahabatan kita yang dulu.Macam belangkaskan,utara aku pergi,utaralah kau pergi.Selatan kau terbang,selatanlah aku terbang.Hmmm..tak sanggup lagi rasanya aku nak tulis pasal kitaa.



Cukup sampai sini je.Aku cuma nak kau tahu,aku tak pernah lupakan kau setiap helaan nafas aku.Tak pernah lupakan kau walaupon aku senang.Tak pernah lupakan kau kat mana je aku berada.Sayang aku untuk kau tak kan pernah berubah walaupun aku jumpa kawan baru.Aku sentiasa doakan kau temui kebahagiaan kau tanpa aku disisi kau sahabat :) 
*This is special dedicated to NorAdillah bt Anuar(Paragraph ni aje)*


        Kau anggap aku sahabat kau lagi ke?



Assalamualaikum :)

Saturday 17 March 2012

KELANTAN PART II

Asslammualaikum.


Aku dah selamat balik rumah aku.Hihi.Kitaorg tinggal dekat Kelantan selama 5hari 5malam.Banyak aktiviti yg kitaorg lakukan selama 5hari tu.Kitaorg pergi ke Pantai Cahaya Bulan(PCB),Sg.Golok,Rantau Panjang,Wakaf Che Yeh dan banyak lg lahhh.It was something exciting.Memang seronok sangat dekat sana.Maca-macam kitaorg belajar.


Especially adat perkahwinan dekat sana.Memang pelik lahhhh.Makan duduk atas kerusi tanpa meja.Kiranya kitaorang makan tu menatang pinggan lah.Yg jelek nye tuu,ada ke kenduri kahwin dibuat pakai pinggan kertas.Huhhh =='.Sumpah peliik.





Kenangan dekat Kelantan memang banyak.Jum tengok gambar kitaorg yg tak seberapa nih (^^)

My big family :)
                                                      
Gambar nih kelakar kan?Haha,yg tudung biru tuh umur dah 32,perasan muda.Haha,biarlah.Yg skirt hitam tu aku tak tahu nak cakap apa dah.Haha.
  
Aku tak puas hati betul dengan tudung  biru tuh.Haha,actually,kitaorg yg kacau dia nak bergambar sorang.

Tudung coklat tu wan aku :)
                                                  
Aku & cousin aku,Seha.
                                              
Sweet couple ever.
Itulah serba sikit gambar yg aku kongsikan disini.Nak tengok lg banyak..add lah fb aku.Dijamin approve punyaa lah !
Huhu,perjalanan yang sangat penat.Tapi bila dah sampai rumah & tengok ganbar-gambar yg diambil..terubat kepenatan tu sedikit demi sedikit.Hmm,harapan aku semoga kitaorg kekal bahagia hingga ke pintu syurga.Isyaallah..



Rasanya sampai sini je untuk hari ni,lain kali kita jumpa lg okay?


~SALAM

Monday 12 March 2012

KELANTAN PART I

Alhamdulillah,semalam kitaorg selamat sampai Kelantan pd pukul 2am.Fuhh,14jam duduk dalam kereta.Buntut sape tak panas kan?Gilaaa lahh.Lama gilaa tuuu.Sumpah,lepas ni kalau ayah aku ajak g Kelantan,mmg aku ajak ayah aku naik flight.Tak sanggup aku nak duduk dalam kereta lama-lama.


Kitaorg tak sewa hotel,chalet or apartment.Kitaorg sewa banglo je.Hmm,boleh tahan lahh.Semua kelengkapan ada.Dari perabot ruang tamu,peti ais,mesin basuh..semua lengkaplah.Komputer ada dua.Siap WIFI lg.Mmg berghasak lah kitaorg online.


Haaaaa,u know what?My mum pregnant.Hahahaaaaaaa.Tapi..scan nampak mcm baby lelaki.Hmmm,aku nak baby girl jugak!Haha,boleh pulaak mcm tu yekk.Tak kisah lahhh,yg penting mak aku & baby tu selamat.Kan?


Hihi,kat Kelantan nikan..kitaorg jalan je sesat.Jalan je hujan.Bengang gilaa aku.Pas tuu kan,aku ada lah p rumah sedara aku ni..eh,sedara kot..dia buat air rase besi korang tahu?Nak muntah akuu.Grrr,almaklumlah..diaorg kan tak dapat bekalan air bersih.Gilaaa laaa..

Lg satu,td ada orang kawen.Kitaorg p laaaa,nak tau tak..diorang punya reception pelik gilaaaa.Tak pernah aku tengok.Satu family aku terkejut besar.Pelik gilaaa,sumpah pelik.Biasa buat reception makan khemah besar & banyak kan?Siap ada meja kan?Yg ni tak de..Khemah dah le kecik.Pastu tak de meja.Time makan kena lah tatang pinggan.Sungguh tak semenggah!



First time aku tengok,mmg terkezzut.Errrr,memang peliik.Sakit pinggang aku.Haha,btw,thanks lah jemput kitaorg..



Emm,takat ni dulu yeahh.Aku nak tido lahh.Penat + ngantuk.

~SALAM